Mencari Hasil Ilmu

Thursday, April 15, 2010

Kelahiran Manusia

Orang2 diseru untuk mengalih perhatian mereka kearah terciptanya manusia (diri mereka sendiri). Mereka selalu diingatkan bagaimana proses manusia sampai ke bumi.

“Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu membenarkan ? Adakah Kamu (benih manusia) yang kamu pancarkan ? Kamukah yang menciptakannya? Ataukah Kami yang menciptakannya?” (Al Quran 56: 57-59)

Penciptaan manusia dan aspek2 nya yang luar biasa itu telah di tegaskan beberapa kali . Banyak ayat ayat yang dianggap mustahil bagi orang yang hidup di zaman abad ke 7.

Antaranya adalah seperti berikut.

Manusia tidak diciptakan dari mani yang lengkap tetapi dari sebahagiannya.

Sel kelamin laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

Janin manusia lekat pada rahim ibu bagaikan lintah.

Manusia berkembang di tiga kawasan yang gelap di dalam rahim.

Bahan dasar kelahiran manusia berkaitan dengan mani laki2 yang terpancar semasa persetubuhan seksual antar laki2 dan perempuan. Bayi lahir kira2 antara 9 bulan mengandung. Antara fakta yang tidak perlu diselidiki lagi kebenarannya.

Selama pertubuhan seksual, 250 juta sperma terpancar dari laki2 pada satu waktu. Hanya 1000 dari 250 juta sperma akan menggapai sel telur. Sel telur berukuran setengah dari sebutir garam hanya membenarkan satu sperma memasuki telur.

Cairan mani tidak mengandungi sperma sahaja. Cairan mengandungi gula yang diperlukan untuk memberi tenaga bagi sperma, meneutralkan asid di pintu masuk rahim dan melicinkan lingkungan agar memudahkan pergerakkan sperma.

Cabang2 ilmu pengetahuan yang berkembang seperti ilmu Genetik dan Molekular Biologi membenarkan secara ilmiah apa yang dihujahkan.

Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis jantina. Dalam kromosom ( 46 n) terdiri dari 44 n kromosom dan 2 kromosom seks. Koromosom ini adalah XX bagi perempuan dan XY bagi laki-laki. Kromosom Y mengawal ciri2 lelaki manakala kromosom X mengawal ciri2 kewanitaan.

Pembentukan manusia bermula apabila berlaku nya penggabungan anatara gen lelaki dan gen perempuan. Gen2 ini bersilang diantara satu sama lain. Setelah sperma memasuki telur, proses ovulasi berlaku. Satu sel menjadi dua. Kromosom yang berisi XX akan menjadi wanita manakala kromosom yang berisi XY akan menjadi lelaki. Maka bayi2 ini akan mempunyai jantina2 yang berbeza.

Ini bermakna jenis jantina bayi adalah berkaitan dengan kromosom dari lelaki. Maka pendapat bahawa perempuan yang bersalah apabila melahirkan sesuatu jantina adalah tidak berasas.