Mencari Hasil Ilmu

Saturday, April 17, 2010

Gereja Jadi Masjid

Boleh sangat mengatakan bahawa Amerika dan Britain adalah pusat perkembangan agama kristian. Tetapi fakta yang jelas menunjukkan sebaliknya.

Ramai rakyat mereka meninggalkan gereja dan hasilnya jemaah semakin berkurangan. Sumbangan terhadap gereja juga turun dengan drastic. Akhirnya gereja2 yang kurang pendapatan akan terpaksa menjual gereja bagi menghidupkan aktiviti gereja yang lain.

Jumlah penganut islam di negara itu juga bertambah dan mereka memerlukan tempat untuk beribadah. Akhirnya gereja yang tidak berperanan akan digunakan dan dibeli sebagai masjid. Muncul bagunan milik gereja tetapi memiliki kubah dan menara.

Salah satu daripada gereja yang dimaksudkan adalah Gereja Methodist Bukit Zion yang ternyata ditinggalkan penmgikut sejak 1960. Ketika minat orang Kristian menurun dengan drastic sekali.

Pada 21.12.2007, Banguna tersebut berubah kepada masjid dengan 300 muslim menggunakannya. Hanya sedikit pengubahsuaian dilakukan seperti salib diturunkan dari bumbung,

Banyak gereja yang terjual dan kosong di Britain disebabkan warga negara negara itu enggan beribadat di gereja. Pada 2007, 10% pergi ke gereja seminggu, 15% pergi ke gereja sebualn sekali, 26 % pergi beribadat setahun sekali dan mereka yang tidak ke gereja lansung adalah 5%. Ini berdasarkan kajian Tearfund 2007.

Pada 1998, Gereja katolik Rom memiliki 1,217,800 jemaaah dan turun dengan drastic pada 2005 seramai 875,600. Ini bermakna susut 49% dari jumlah jemaah.