Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, March 17, 2010

Wajah Politik AntaraBangsa

Wajah politik antara bangsa senantiasa berubah. Cuma pencetus dan penguasanya tidak berubah. Dari era kolonisme (1500) sehingga sekarang Barat telah menjadi penentunya. Islam sebagai gama dan cara hidup turut terperangkap dalam permainan barat ini kerana semakin terdesak dengan globalisasi, demokrasi, kapitalisme, yang berpusat di US dan Eropah barat.

Pertembungan budaya antara islam dengan Barat disebut sebagai Sempadan Darah . Ini lah perumpamaan yang dilebelkan akibat pertembungan ini. Ia berikutan imej islam bagi mereka sebagai mencabar, menggugat dan memusnahkan nilai yang dibina oleh barat.

Sesungguhnya wajah barat ini adalah sesuatu yang sebenar dan ditambah2 dengan unsure tokok tambah yang menjadikan nya sesuatu yang amat negatif, konservatif, kuno dan terbaru pemusnah. Dimana sahaja ada golongan islam maka akan ditimbulakan sikap yang bertentangan dengan fakta yang sepatutnya diketahui.

Pemetaan dunia ditentukan oleh pembahagian antara dunia maju dan dunia membangun, dunia pertama dan dunia ke 3, terbaru persempadanan antara orang islam dan bukan islam. Pemetaan adalah kerana terjadinya peristiwa 11 September. Barat kehilangan musuh tradisi setelah keruntuhan Soviet, Kehancuran Komunisme, Tamatnya Perang Dingin Sementara islam naik dengan potensi yang tinggi dengan peluang yang ditinggalkan kosong. Ini menyebabkan islam dijadikan sebagai ancaman baru dan menggugat masa depan politik mereka. Ini menyebabkan ancaman itu perlu dihapuskan.

Barat memulakan cara menyelesaikan ancaman baru ini dengan 3 cara seperti bersekutu dengan negara2 islam, mengekslotasi negara tersebut dan menjadi musuh negara islam tersebut.

Negara2 yang bersekutu dengan Barat adalah seperti Mesir, Saudi Arabia, Kuwait, Qatar dan lain2. Mesir bersekutu dengan menyekat orang Palestine dari masuk ke sempadan nya. Saudi Arabia, Kuwait, Qatar menolong US meletakkan pangkalan tentera di negara masing masing.