Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, March 02, 2010

Halalkan Gay Dan Lesbian

Barat terus menerus memberikan pengiktirafan tertinggi kepada individu-individu yang memalukan islam. Kalau sebelum ini, mereka menjadikan Salman Rushdie (novelis The Satanic Verses), Aayan Hirsi Ali (Wanita Islam Somalia yang telah murtad) dan kini berlindung di Belanda serta Taslina Nasrin (penulis Bangladesh yang bermastautin di Amerika Syarikat )

Profesor Dr. Siti Musdah Mulia seorang penyokong liberal femenisme yang menyokong lesbian, gay serta hemoseksual.

Pengiktirafan diterima oleh Dr Siti Musdah pada 26 November lalu dari Premio Internazionale La Donna Dell’Anno Year 2009 (Anugerah AntaraBangsa Wanita 2009) yang diadakan di Saint Vincent, Itali.

Dr Siti Musdah menewaskan dua 2 finalis lain iaitu Aicha Ech Channa dari Magribi dan Mary Akrami dari Afganistan. Majlis penganugerahan terdiri daripada 200 orang tetamu dan wartawan manakala pihak Kedutaan Indonesia di Rom diwakili wakil Presiden Yuwono Agus Putranto.

Anugerah AntaraBangsa Wanita 2009 dibentuk pada 1998 oleh Majlis Serantau Aosta Valley dengan kerjasama Kementerian Luar Itali, Aosta Valley dan Soroptimist International Club Valle d’Aoasta. Perhargaan itu turut mendapat pengiktirafan Presiden Itali.

Dr Siti Musdah adalah pensyarah Pemikiran politik islam di School Of Graduate Studies , Universiti Islam Syariff Hiyatullah ,Jakarta dan kini Profesor penyelidik di Institute Kajian Sains Indonesia sejak 2003.

Faktor utama yang diberi perhatian oleh barat adalah memilih pemenang adalah keberanian menentang aliran pemikiran umum dan tradisi. Dalam konteks ini apa yang diperjuangkan adalah termaktub dalam Al-Quran dan hadis serta disepakati oleh sebilangan besar ulama.

Antara yang dibincangkan adalah Pembaruan Hukum Islam yang kemudiannya mengeluarkan Counter Legal Draft-Komplikasi Hukum Islamyang membuat revolusi seperti berikut.

Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang2.

Perkahwinan yang berbeza agama, antara muslim dengan bukan muslim mest dikira sah.

Masa I’ddah hanya bukan untuk wanita sahaja tetapi untuk lelaki juga selama 130 hari.

Isteri boleh menjatuhkan talak.

Bahagian warisan antara laki-laki dan wanita adalah sama.

Ekoran itu, Majlis Ulama Indonesia menyelar draf tersebut sebagai menyimpang dari agama sebenar dan cubaan memanipulasi nas2 agama. Dia juga ada diminta untuk menyerah draf tulisannya ke Majlis Ulama.

Dr Musdah tidak akan berhenti kerana beliau bersama2 kawan2 nya dibantu secara berterusan oleh The Asia Foundation sebuah dana tajaan Amerika Syarikat yang sering mendukung gerakan liberalisme terus menghebahkan idealisme nya itu.

Pada September 2009, Beliau muncul lagi sebagai salah seorang tokoh di Indonesia yang menyatakan sokongan kepada pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa memberi kebenaran masuk ke Indonesia bagi menjalani pengambaran filem berjudul Menculik Miyabi.

Klimiks pendirian liberal beliau adalah apabila mahu menghalalkan sesuatu yang telah jelas dan nyata diharamkan islam iaitu HEMOSEKSUAL serta AKTIVITI GAY dan LESBIAN.

Setelah beliau mengadakan persidangan dengan aktivis-aktivis islam di Jakarta pada 31 Mac , beliau tampil dengan resolusi yang mengemparkan “Homoseksual adalah perkara semula jadi dan diciptakan oleh tuhan dan dibolehkan agama”.