Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, February 16, 2010

Tuhan Untuk Semua Makhluk Manusia

Dalam tradisi islam memang jelas bahawa Rasulluwah bukan pembawa agama baru. Baginda hanya menyambung dan pelengkap para nabi. Nabi Muhammad adalah nabi terakhir.

Ini bermakna islam telah muncul sejak manusia pertama muncul. Dalam islam Nabi Adam adalah nabi juga mendapat wahyu Allah.

Kalau nabi Adam nabi pertama , nabi Muhammad pula yang terakhir. Selepas Nabi Muhammad tiada nabi yang wujud.

Nabi2 dan rasul2 adalah dari umat2 terdahulu terutamanya dari kawasan Timur Tengah. Terdapat juga nabi2 dari kawasan luar kawasan Timur Tengah. Namun kebanyakkan tidak dapat disahkan.

Dari pengalaman Nabi adalah dari kawasan Timur Tengah Nabi kebanyakkan dari kalangan kaum yahudi. Cuma majority nabi yang diturunkan adalah dari kaum yahudi. Tetapi apa yang diturukan kepada orang yahudi adalah islam. Yahudi adalah merujuk kepada kaum tertentu bahkan agama Nabi Musa adalah islam.

Orang yahudi menyeleweng agama islam sehingga menukar agama tersebut kepada nama baru agama yahudi. Nama yahudi dirujuk kepada agama mereka selepas kedatangan Kristian.

Agama Nasrani pada masa moden kini di gelar sebagai Kristian dilihat bermula dengan kewahyuan Nabi Isa. Baginda juga seorang yahudi. Secara umumnya kaum yahudi menolak seruan Nabi Isa dengan beranggapan sebagai seorang pembawa ajaran sesat. Apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah agama islam itu sendiri.

Dalam masa kini Nasrani adalah satu mazhab daripada Kristian yang dipanggil sebagai Nasarenes atau dalam bahasa arabnya Nasara. Di bumi Hijaz dimana Rasulluwah lahir dan hidup

Mazhab Nasrani memang amat berbeza dengan mashab arus perdana lain seperti Katolik, Protestan dan Ortodok. Pada zaman Rasulluwah tiada Katolik dan Protestan. Hanya Ortodoks wujud pada zaman tersebut. Ia berpusat di Constaninople (Istanbul) , ibu Empayar Rom Byzantine.

Apabila Rasulluwah berdakwah, banyak orang Kristian dari Mazhab Nasrani terutamanya dari bumi Hejaz dan memeluk islam. Mereka beranggap tidak menukar agama. Islam hanya membetulkan agama sebenar sebelumnya. Nasrani adalah agama islam yang sebelumnya rtetapi diseleweng oleh paderi-paderi mereka.

Ketiga2 agama adalah ahli kitab iaitu umat yang mempunyai kita yang berkaitan dengan wahyu Allah. Kitab yang dimaksudkan adalah Taurat (Yahudi), Injil (Kristian) dan Al-Quran (Islam). Namun, Taurat dan Injil telah diseleweng. Ahli Kitab sebernarnya merujuk kepada umat islam yang berpegang kepada Kitab Taurat dan Injil Yang sebenarnya. Ahli Kitab juga termasuk pengikut islam yang berpegang kepada Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud , Seorang raja berbangsa yahudi.

Jika Al-Quran merupakan kalam Allah yang disampaikan kepada Rasulluwah melalui perantaraan Malaikat Jibrail tetapi Bible berbentuk laporan seperti mana hadis. Ia merupakan laporan daripada penulis.