Mencari Hasil Ilmu

Monday, February 01, 2010

Program Bendung Islamicphobia

Masyarakat islam Sweeden baru2 ini melancarkan dua program dalam mengekang gerakan islamphobia oleh golongan2 pelampau. Program pertama adalah penerangan mengenai bangsa Sweedish dan identity seorang muslim tidak bercanggah dengan sifat sebagai rakyat negara itu.

Kedua, penerangan mengenai tentang pembunuhan beramai2 masyarakat islam bosnia di Srebrenica pada 1992-1995 yang kian dilupakan. Dalam peperangan ini di negara republik Yugoslavia seramai 8000 orang muslim Bosnia telah dibunuh tentera Serbia. Sebilangan daripada mereka adalah wanita, kanak2 dan orang tua yang disembelih dan ditanam hidup2.

Masyarakat muslim Sweeden dan telah menerbitkan serta mengedarkan risalah tentang islam dan keamanan kepada masyarakat awam di negara tersebut. Ini bertujuan memberi gambaran sebenar tentang Islam dan kepelbagaian identity.

Tindakan ini diambil selepas parti haluan kanan, Sweedish Democrat melancarkan kempen membenci masyarakat islam bagi mendapatkan sokongan politik.

Presiden masyarakat islam Sweeden untuk keamanan dan Keadilan ,Anna Waara memberitahu wartawan bahawa perbuatan parti politik itu amatlah mengecewakan kerana ia mendorong kepada kewujudan satu trend keji yang menjadikan kritikan terhadap orang islam sebagai satu cara untuk meraih sokongan politik.

Sebelum ini parti politik Jimmie Akeson telah membuat kenyataan bahawa masyarakat muslim adalah ancaman kepada kesejahteraan Sweeden. Kenyataan ini telah dikecam oleh pelbagai pihak.

Ditubuhkan pada 1988 merupakan sebuah parti nasionalis dan di antara aktivitinya ialah mengerakkan kempen anti-muslim,anti immigran telah mengambarkan muslim sebagai telah merosakkan bangsa Sweeden dengan begitu teruk sekali. Walaubagaimanapun, Parti ini hanya mendapat 6% sokongan rakyatnya.