Mencari Hasil Ilmu

Monday, February 01, 2010

APABILA SWITZERLAND HARAMKAN MENARA MASJID

Bayangkan lah kalau Malaysia mengharamkan gereja dari menggunakan dan memasang loceng tentulah heboh satu dunia khususnya dunia barat dan akan tidak sabar2 lagi melebel kita sebagai tidak toleren terhadap penganut agama lain. Tetapi Switzerland membuat pengharaman melalui proses demorkrasi di mana pungutan suara penduduknya menolakmendirikan menara masjid.

Maknanya kalau mengikut prinsip demorkrasi, Switzerland berhak mengharamkanmenara masjid kerana majority penduduknya menolak menara masjid. Tetapi prinsip demorkrasi tidaklah sedemikian kerana system ini bukan semata2 pemerintahan melalui majority. Demorkrasi tidak semata2 pemerintahan melalui majority, ia juga berasaskan kebebasan rakyat nya untuk beragama. Maka pengharaman menara masjid itu adalah sebenarnyaharam dalam system demorkrasi.

Antara alasan adalah kehadirannya menjejas identity Swizerland sebagai negara barat dan Kristian. Di sini lagi sangat bercanggah dengan prinsip demorkrasi kerana demorkrasi bersifat secular dan tidak menetapkan negara dan bangsa sebagai mempunyai agama tertentu. Jika Switzerland menganggap sebagai negara demorkrasi dan tidak boleh di identitikan sebagai barat dan Kristian dan menganggap rakyat adalah setaraf.

Sejak sekian lama Switzerland tidak memberi hak mengundi kepada wanita. Tidakkah itu bercanggah dengan prinsip demorkrasi.

Menara bukanlah struktur wajib dalam pembinaan masjid. Masjid Nabawi pada asalnya tiada menara. Menara bersifat berfungsi. Kini ianya lebih kepada seni bina islam.

Pada asalnya menara yang dibina adalah untuk menjadi pemerhatian supaya sebuah komuniti dapat melihat ancaman dari jauh. Apabila islam sampai di Syam, Syria dan Palestine yang dikuasai oleh Byzantine, maka dilihat banyak menara di kota2 yang di pertahankan melalui tembok2.

Menara ini juga dijadikan sebagai alat komunikasi. Ia dibina secara bersambungan keliling kota. Dan laungan bersahutan.

Pada masa ini azan tidak diperlukan untuk menyampaikan azan kerana pembesar suara sudah cukup untuk melaungkan azan.

Seni bina masjid di barat juga wajar menurut bentuk moden dan toleren dan bersifat tidak mengancam. Ketika Nabi membina masjid di Madinah ia bersifat ringkas dan zuhud.

Apabila kejatuhan wilayah2 jajahan Rom Timur mula jatuh ke tangan islam banyak ciri2 binaan yang diserap dalam tamadun islam termasuk kubah. Islam mengadaptasi kubah ini dalam tidak semua binaan islam. Ini adalah dalam proses penyesuaian masjid2 dalam penyebaran islam di wilayah tersebut.

Di asia tenggara sendiri bangunan masjid mengikuti seni bina tempatan. Terdapat juga bangunan seperti pagoda dengan bumbung bertingkat2 kerana penyebaran bermula daripada China.

Di India, Seni bina masjid di bangunkan oleh raja2 Monghul dan tiada bezanya dengan kuil hindu dari bentuk asas. Cuma tiada berhala dan patung, mempunyai kubah seperti istana,

Switzerland mempunyai penduduk 300K.Dalam berpegang agama islam, mereka harus menekankan cirri mereka sebagai warganegara demorkratik Swizerland.Mereka mengibarkan bendera Switzerland yang mempunyai lambang palang putih berlatar merah. Walaupun lambing palang merah tetapi itu tidak apa kerana dilihat sebagai identity Switzerland bukannya kristian.

Yang penting adalah akidah, fikah dan tasawuf yang diajar islam diamalkan oleh orang islam Switzerland. Mereka sepatutnya membentuk identity baru sebagai warga Switzerland yang teguh berpegang kepada islam.