Mencari Hasil Ilmu

Friday, February 05, 2010

100 Most Influential People In History

TANGGA 21: GENGHIS KHAN

Penakluk terhebat empayar Monggol dilahirkan pada 1162. Ayahnya seorang ketua puak Monggol telah menamakan anaknya sebagai Temujin. Kebangkitannya sebagai pemimpin terulung telah berjaya melarikan diri daripada menjadi mangsa tebusan. Dia kemudianya bersekutu dengan kawan ayahnya, Toghril.

Keluarga kaum Monggol terkenal sebagai pahlawan kuda yang gagah dan berkebolehan. Mereka telah beberapa kali mengadakan serangan ke atas China. Dengan keupayaan ketenteraan, diplomasi, tidak sabar dan kebolehan membuat organisasi, Beliau berjaya menyatukan semua puak2 monggol dengan gelaran Genghis Khan atau dalam bahasa melayu nya Maharaja Muka Bumi.

Empayar yang berjaya dicapai adalah sangat besar (terbesar dalam sejarah). Yang menjadi masalah dalam empayarnya adalah system perhubungan dari satu Bandar ke Bandar yang lain. Disebabkan masalah ini empayar monggol berpecah .

Genghis Khan dipilih kerana pengaruhnya meliputi seluas jajahan empayar. Dibandingkan dengan Napoleon dan Hitler , mereka telah kalah dalam peperangan mereka sendiri dan jajahan nya dalam tempoh masa yang pendek. Dibandingkan dengan Alexander, tiada pewaris dan empayar musnah selepas itu tetapi Genghis Khan mampu menstabilkan empayarnya. Anaknya pun seorang pewaris yang bijak.

Genghis Khan juga berjaya menyatukan Asia sekali gus mewujudkan jalinan perdagangan yang selamat, terkawal daripada yang sebelumnya. Ini setidaknya mewujudkan perdagangan dari timur ke barat. Pihak barat telah berminat berdagang dengan pihak timur dan bermulalah titik eksplorasi barat.

Tanpa Genghis Khan, nama2 terkenal seperti Christopher Columbus, Alfonso de Albuquae takkan wujud. Amerika utara dan selatan takkan dijajahi pihak barat. Tiada kewujudan negara2 seperti AS, Kanada, Mexico dan negara2 lain.

TANGGA KE 22: EUCLID

Seorang nama besar dalam bidang geometri Greek. Pada 300 BC, Beliau seorang guru di Alexanderia, Mesir. Karya beliau adalah bidang Geometri ‘The Eliment’. Dalam buku tersebut dinyatakan bagaimana theoram diterangkan. Teoram ini mengandungi banyak algebra dan teori number. Teks Eliment digunakan sebagai buku text dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa beliau seorang penulis buku teks yang berjaya.

Sebagai seorang tokoh penting dalam ilmu logic, Eliment banyak memberi pengaruh daripada mana mana ilmu logic dari zaman berdekatan. Adil bagi mengatakan bahawa karya beliau pemangkin sains zaman moden.

Namun, karya beliau tidak popular di China kerana di China telah mempunya satu system pengiraan nombor yang bernama Sempoa.

TANGGA KE 23: MARTIN LEUTHER

Beliau dilahirkan pada 1493 di Bandar Eisleben, Germany. Dia seorang siswa undang2 di university. Tidak sempat menghabiskan pengajian dan memilih untuk menjadi paderi Augustinian. Pada 1512, beliau menerima ijazah kedoktoran dalan bidang teologi di university Wittenburg dan kemudian menyertai fakulti di situ.

Beliau mempersoalkan amalan gereja seperti panalti dosa dan pengurangan masa untuk berdosa. Pada 31 Oktober 1517, Beliau menyebarkan risalah untuk mengekang amalan yang tiadanya dalam Kristian. Protesnya dalam gereja cepat tersebar dan kemudian hari membantah kuasa Pope. Dewan gereja menyokong dengan mengatakan bahawa beliau bertindak berdasarkan Bible bukannya berdasarkan logic. Jika beliau terbukti bersalah, maka Luther akan dibakar serta-merta. Penyokong protes kebanyakan datang dari bangsa Germen. Pengaruhnya yang kuat menyebabkan majlis tertinggi perlu berfikir dua kali sebelum menghukumnya.

Luther pemimpin berpengaruh kerana karyanya mendapat sambutan. Salah satu sumbangan adalah perterjemahan Bible dalam bahasa Germen. Ini memudahkan bangsa Germen mempelajari Bible dan mempelajarinya. Beliau menyatakan bahawa tiada wujudnya orang tengah antara individu Kristian dengan tuhan. Dakwaan ini kemudian disusuli dengan doktrin ‘Raison d’ette. Menyebabkan Roman Katolik gelisah.

Beliau bukanlah Protestant yang pertama tapi idea2 nya berlegar di sekitar penduduk tempatan.

Beliau sanggup berjuang terhadap pihak berkuasa agama kerana sikapnya yang tidak suka bertoleransi dengan hal2 agama. Beliau mempunyai pandangan anti-semetik yang banyak menulis mengenai bangsa yahudi memberi inspirasi terhadap Hitler pada abad ke 20.

Beliau seorang yang penting di Eropah dan Amerika dan kurang penting dan popular di Asia dan Afrika kerana jumlah kristian yang sedikit. Nama nya naik kerana penganut kristian pada masa itu begitu pentingkan agama. Sebaliknya ajarannya sangat sangat kotemporori dan sesuai dengan corak penerimaan rakyat pada masa itu.

TANGGA KE 24: NICOLAUS COPERNICUS

Ahli kaji bintang Poland. Nama sebenar adalah Mikolaj Kopernik. Dilahirkan pada 1473 di Bandar Torun,Vistula River,Poland. Dilahirkan dalam keluarga yang berkemampuan. Beliau melanjutkan pelajaran ke University Cracoe mengambil jurusan astronomi. Dalam 20 an,beliau melanjutkan pelajaran ke Italy dalam bidang2 undang2 dan perubatan. Di University Bologna dan Padua dan mendapat doctrine dalam ‘Canon law’ di University of Fererra. Beliau banyak menghabiskan masa di gereja Frauenburg senagai Canon. Semasa tersebut namanya tidak ada lansung dalam sejarah.

Semasa berada di Italy, beliau banyak berminat dengan idea2 falsafah Greek (Aristarchus Of Somos) dan berminat membetulkan teori Somos. Beliau banyak memerhati dan membuat pengiraan dalam bukunya De Revolutinibus Orbium Coelestium (The Rovolutin of the celestial spheres dan membentangkannya pada 1533 di Rome.

Dalam bukunya, bumi berputar pada paksinya. Bulan berputar mengelilingi bumi dan planet2 lain berputar mengelilingi matahari. Buku memotivasikan beberapa astronomi lain seperti Tycho Brache dan Johannes Kepler berjaya membetulkan Hukum sebenar pergerakkan planet2.

Teorinya telah membuatkan Newton berjaya memformulakan teori pergerakkan dan gravity.

TANGGA KE 25: JAMES WATT

Seorang pencipta berbangsa Scottish yang menjadi salah satu kunci revolusi industri. Beliau berminat terhadap enjin stim (1764).semasa membaiki model alat Newcomen. Beliau pernah diberi latihan sebagai pembuat alat kerana bakat menciptanya sungguh luar biasa. Penciptaan menerusi alat ciptaan Newcomen menyebabkan beliau diiktiraf sebagai pencipta enjin stim yang practical.

Ciptaan pertama dipatenkan pada 1769 kerana menambah satu ruang tambahan ‘ Condensing Chamber’. Pada 1782, beliau mereka enjin dua fungsi yang menambah efisen kepada factor 4.

Pada 1781, menambar gear yang menukarkan cara engine berfungsi secara berpusing. Ini menambah fungsi engin stim itu sendiri. Watt juga menambah fungsi engin untuk berfungsi otomatik.

Pada 1775, Beliau menubuhkan perniagaan bersama Metthew Boulton seorang jurutera dan pandai dalam bidang bisnes. Selepas beberapa tahun, firma mereka mengeluarkan sejumlah besar engin stim.

Banyak rekaan yang memungkinkan berkembangnya revolusi industri. Perkembangan perlombongan, penggunaan logam berat dan beberapa lagi mesin industri. Penciptaan beliau dalam perkembangan revolusi industri adalah kerana sebelum ini mereka menggunakan kincir angin dan kincir angin menyebabkan pengeluaran industri terhad. Dengan penggunaan mesin, isu tenaga tidak timbul.

Pada tahun 1783, Engine stim digunakan untuk menggerakkan bot.

Pada tahun 1803, Engine stim digunakan untuk menggerakkan lokomotiv engine stim yang pertama.

Kepentingannya adalah merevolusikan pengangkutan darat dan laut.

TANGGA KE 26 : CONSTANTINE THE GREAT.

Maharaja Kristian pertama empayar Roman. Beliau dilahirkan pada 280 di Naissus (Yugoslovia). Ayahnya pegawai angkatan tentera berpangkat tinggi. Ayahnya menjadi pemerintah wilayah barat empayar Roman. Apabila ayahnya mati, Constantine diiktiraf sebagai Maharaja oleh tentera.

Di sebelah barat miliknya dan di sebelah timur milik Licinius sehingga 323AD berjaya ditakluki.

Polisi utama adalah ‘Edict Of Milan’ yang menjadikan Kristian agama rasmi dan agama toleransi. Beliau juga menjadikan hari Ahad sebagai hari ibadat.

Berdasarkan polisi2nya, menggalakkan perkembangan Kristian. Sangat jelas bahawa sesiapa yang beragama Kristian akan berpeluang untuk kenaikan pangkat ke jawatan2 yang tinggi kerajaan di samping pengiktirafan gereja termasuk Illuminiti.

Beliau juga terlibat dalam pembinaan bagunan2 gereja yang terkenal seperti Church Of Navity dan Church Of Holy Sculpture.

Constantine berpewatakan sebagai maharaja Kristian Rom. Dia bertanggungjawab dalam pembinaan semula Bandar lama Byzantium dan menukarkan kepada nama Constantinople (Ibu negara Rom timur) yang sekarangnya dipanggil sebagai Istanbul. Bandar ini kekal sebagai pusat empayar Rom Timur sehingga 1453 selepas kalah kepada Empayar Otthomon.

Memainkan p0eranan dalaman dalam menguruskan perbalahan antara pengikut Arius dan Athanasius (berkonflik kerana perbezaan ideology). Beliau menjadi Nicaea Konsul.

Beliau memperkenalkan undang2 pekerjaan (baker, butcher) secara keturunan. Di bawah system ‘Colony’, mereka dilarang meninggalkan tanah mereka. Mereka digelar sebagai ‘Serf ‘ dibawah undang2. Undang2 ini membantu seluruh struktur social eropah zaman pertengahan.

Beliau memilih untuk tidak dibaptizaedkan sehingga kematiannya. Tapi jelas beliau adalah seorang Kristian.

Di bawah beliau, Kristian berkembang dengan pesat dari segi pengaruh dan jumlah pengikutnya. Dari jumlah yang minority dalam satu abad sehingga menjadi agama yang terbesar di dunia.

Ranking nya terbaik daripada Alexander The Great, Napoleon dan Hitler kerana pengaruh melalui polisinya.

TANGGA KE 27: GEORGE WASHINGTON

Dilahirkan pada 1732 di Wakefield, Virginia. Anak seorang peladang yang kaya, mewarisi estate semasa berusia 20 tahun.

Pada tahun 1753-1758, Washington kerap terlibat dalam perang Perancis-India dalam mendapatkan pengalaman tentera dan kebangsaan.

Beliau menghabiskan 15 tahun, kemudian menguruskan estate dan berkelayakkan dalam bidang fesyen. Pada 1774, beliau dipilih sebagai deligasi dari Virginia ke Kongress Pertama. Beliau salah seorang yang terkaya di Koloni.

Pada 1775, Kongress kedua (June 1775) melantik beliau sebagai Komander tentera. Dengan pengalaman tentera, kekayaan,reputasi,penampilan, kebolehan mentadbir. Semasa berperang , beliau berkhidmat tanpa bayaran tetapi hanya berbekalkan dedikasi. Pada March 1797, penggal kedua Presiden tamat. Dia tinggal di kampungnya di Mount Vermon, Virginia pada DEC 1799.

Beliau diletakkan di tangga 27 kerana beliau ketua angkatan tentera yang berjaya dalam peperangan kemerdekaan. Ini membuktikan bahawa beliau adalah genius peperangan. Sebelum ini ramai Komander yang kalah dalam perang.George merupakan Presiden US yang pertama. Ia dipandang tinggi kerana seorang yang berkaliber. Senang sangat hendak membina negara baru tapi susah jika ia merupakan sebuah negara demorkrasi. Dia layak menjadi raja (Dinasti) atau Ditaktor tetapi menolaknya.

Bagi beliau peperangan dan keamana menjadi resepi pemimpin yang berjaya.

Beliau diletakkan dalam senarai kerana kepentingan sejarah Amerika. Peperangan Washington merupaka peperangan terbesar dalam sejarah selepas empayar Roman. Kuasa politik tidaklah sekuat empayar Roman.

Disebabkan beliau dibandingkan dengan Caesar, memang layaklah disenaraikan berdekatan dengan dengan Caesar. Disenaraikan lebih rendah adalah kerana tempoh pemerintahan yang singkat.

TANGGA KE 28: MICHEAL FARADAY

Ini merupakan zaman elektrik. Kadangkala digelar zaman eksplorasi angkasa lepas atau zaman atom. Bagaimanapun eksplorasi angkasa lepas dan atom mempunyai kepentingan masing2 dan memberi kesan kepada kehidupan harian.

Ramai ilmuan menyumbang dalam teknologi elektrik. Mereka seperti Charles Augustine de Coulomb, Count Alesandro Volta, Hans Cristian Oersted dan Andre Mavie Ampere sangat sinonim dengan proses penemuan elektrik tetapi yang menjayakannya adalah saintis British Micheal Faraday dan James Clerk Maxwell.

Micheal Faraday dilahirkan pada 1791 di Newwington, England. Berasal dari keluarga yang sederhana tetapi berpendidikan tinggi. Bekerja dengan seorang penjual buku pada usia 14 tahun. Di saat ini beliau mengadiri syarahan beberapa kali terutamanya dari saintis terkenal British Sir Humphry Davy. Menulis surat kepada Davy dan diberikan peluang sebagai pembantu.

Pada zaman permulaan, kegunaan elektrik adalah terhad dan tidak dapat dihasilkan. Hanya bateri kimia sahaja yang wujud pada masa tersebut. Beliau yakin dengan cara Magnetism dapat menjana elektrik dan ghairah mencari caranya.

Ini merupakan penemuan yang bersejarah kerana:
 Kefahaman kepada Magnetism.
 Pengolahan elektromagnetik berguna dalam menjana elektrik secara berkesan dengan mendemontrasi dynamo elektrik (Faraday Disk).

Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang kimia. Beliau banyak menemui bahan kimia termasuk benzene, alat elektrokimia (kesan bahan kimia terhadap elektrik). Hasil itu menghasilkan 2 hukum elektrolisis dan berjaya menubuhkan yayasan untuk elektrolisis. Beliau mempopularkan istilah seperti Anod, Katod, Elektrod dan Ion.

Beliau dianugerahkan gelaran Knight oleh Presiden Royal Akedemi Sains society.

TANGGA KE 29: JAMES CLERK MAXWELL.

Ahli fizik British yang memformulakan satu set persamaan yang membuktikan hokum asas elektrik dan elektronik.

Berjaya membuktikan kewujudan radiasi elektromagnetik. Teori beliau membuktikan bahawa terdapatnya gelombang elektrik dan frequency.

Ini secara lansung menyumbang kepada penemuan optik, astronomi dan termodinamik.

Satu teori yang istimewa beliau adalah mengenai Teori Kinetik Gas. Beliau menyatakan bahawa bukan semua molekul bergerak pada kelajuan yang sama. Ada yang laju dan ada yang perlahan. Suhu memainkan peningkatan kelajuan.

Maxwell dilahirkan pada 1831 di Edinburgh, Scotland. Pada usia 15 tahun, beliau membentangkan kertas saintifik kepada Edinburgh Royal Society. Beliau tamat pengajian dari University Cambridge. Menghabiskan banyak masa sebagai professor kolej. Merupakan ahli fizik terhebat diantara Newton dan Einstein.