Mencari Hasil Ilmu

Monday, December 14, 2009

SIS (Sisters In Islam) Semakin Tersasar..

Hari ni aku nak membawa semua pembaca untuk kita sama2 menilai dan mengkaji semula tentang satu pertubuhan yang agak popular satu ketika dahulu iaitu Sisters In Islam..

Kepada pembaca yang kurang mengenali, eloklah kita berkenalan dahulu dengan mereka ini..

Sisters in Islam (SIS) mula ditubuhkan pada tahun 1988 dan didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 1993.

Bertujuan untuk mengetengahkan tentang kesedaran prinsip-prinsip Islam yang sebenar..Prinsip yang berkaitan dengan persamaan diantara lelaki dan perempuan.Juga ingin menubuhkan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan prinsip islam yang berkaitan kesaksamaan, keadilan, kebebasan, dan maruah serta martabat didalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Dengan sedikit gambaran itu dapatlah kita mengenali SIS dengan lebih dekat lagi..untuk mendapatkan lebih maklumat tentang mereka, pembaca boleh melayari laman web SIS di www.sistersinislam.org.my

Kita teruskan dengan matlamat asal penulisan aku kali ini...Selepas mendapat gaji awal bulan 2 hari tu, aku dengan senang hatinya menyinggah ker kedai buku yg selalu aku singgah kalo ader duit..hehe..sambil membelek2 buku aper yg ader, aku ternampak majalah Al-Islam keluaran tebaru...

Aku dah lama tak membeli majalah Al-Islam nie sebab dulu ketua pengarang dia Astora Jabat kan.Astora Jabat ni pejuang Islam Liberal kat Malaysia nie...Pastu aku belek2 lar aper cerita bulan nie..Aku tertarik dengan tajuk sampingan dia iaitu Sisters in islam dalangi kes Lina Joy & Islam Liberal..

Terus ambil dan pergi bayar kat kaunter...

Aku terus menyelak muka surat yang berkaitan dengan tajuk yg menarik minat aku tadi..
Satu persatu aku teliti setiap apa yang diwawancarakan dan inilah hasil pemerhatian dan komen aku....Aku hanya mengambil point2 penting sahaja..
Ikuti dialog antara Al-Islam dan pengurus projek SIS iaitu Norhayati Kaprawi :

AL ISLAM : Bagaimana pula dengan isu aurat yang mengatakan SIS menolak pemakaian tudung dikalangan wanita Islam ?

SIS : Pada SIS, tidak boleh ada paksaan. Terpulang pada individu, kita tidak boleh paksa orang pakai tudung dan tidak boleh paksa orang buka tudung. Ramai orang yang suka menuduh SIS bukan-bukan, tapi tidak pernah buka website SIS, dan tidak mahu datang jumpa SIS bagi mendapatkan keterangan. Mereka menuduh bukan-bukan berdasarkan prasangka. Isunya jelas, bahawa tiada paksaan di dalam pemakaian tudung. Kalau di barat memaksa wanita buka tudung pun, SIS menentang juga.

Komen Aku : Inilah antara pandangan pendokong Islam Liberal yang berada di malaysia sekarang ini..memutar belitkan fakta dan ayat...sebahagian kita nampak macam betul, sebahagian kita nampak macam tak betul..hakikatnya semua tak betul...Siapa kata tidak boleh ada paksaan..memang benar tiada paksaan di dalam beragama, tetapi itu dalam konteks memilih agama..islam tak paksa manusia pilih islam sebagai agama yg perlu dianuti..Tetapi jika dah masuk islam mesti kena paksa ikut apa yang Islam suruh..jika tak paksa, macam mana nak buat betul tak..??

Contoh : Amin tidak pernah disuruh/dipaksa sembahyang oleh ibunya...Adakah Amin akan sembahyang..??? Tentu tidak..

jadi bila dah masuk islam mesti paksa diri ikut apa yang islam suruh dan paksa tinggal apa yang islam larang...dari paksaan akhirnya menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi suatu kemanisan..

Isu tudung dengan jelas Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud

" dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya "

dan juga dari surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "

Jelas sudah pegangan SIS pada isu ini adalah bertentangan dengan Islam yang sebenar...Suatu penipuan yang jelas oleh wakil SIS ini..katanya akan menetang jika ada negara di Barat yang memaksa rakyatnya membuka tudung..Di Turki kita sedia maklum kerajaannya tidak membenarkan pelajar2 Universiti dan penjawat umum memakai tudung..dimana SIS ketika itu..??

AL ISLAM : Beralih pula kepada isu yang kontroversi suatu masa dahulu, iaitu kes Lina Joy. Ada yang mengatakan SIS menjadi dalang utama di dalam kes Lina Joy. Sejauh mana kebenaran tohmahan itu ?

SIS : Saya rasa semua orang tahu, dan hal ini juga telah diutarakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Perlis, iaitu sebaik saja seseorang itu Islam itu berniat untuk keluar agama Islam dan tidak lagi beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia itu telah keluar daripada Islam. Jadi, isu sama ada kita beri dia kebenaran atau tidak , tidak sepatutnya timbul. Itu bukan hak manusia. Urusan iman adalah urusan Allah dan hamba-Nya. Sebagai manusia, kita boleh menasihati dan memujuk, tapi tidak boleh memaksa seseorang untuk beriman dengan Allah, atau tidak beriman kepada Allah..Ini jelas dalam Islam - tiada paksaan dalam agama. SIS tidak pernah menyuruh Lina Joy untuk keluar agama Islam, tetapi kami berpendapat, hasrat beliau harus dihormati. Tiada siapa berhak menghalangnya kerana perlembagaan Malaysia telah jelas menyatakan bahawa tiada paksaan dalam agama.

Hanya orang jahil saja yang keluarkan kenyataan begini...Kerana adanya orang islam yang sebeginilah maka ramai umat islam di Malaysia sudah murtad. Islam mengajar kita supaya mengamalkan islam sepenuhnya..bukan ikut yang mana sesuai..Isu murtad ini sangat sensitif bagi umat islam.

Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 106 yang bermaksud
" sesiapa Yang kufur(murtad ) kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang Yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram Dengan iman; akan tetapi sesiapa Yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab Yang besar "
Didalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud

" Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah[134]. Dan berbuat fitnah[135] lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya " (Al-Baqarah ayat 217 )

Dan juga penjelasan dari Nabi Muhammad S.A.W

" Jika seseorang muslim itu ingin keluar dari agama islam, maka tahanlah. Jika dia enggan maka bunuhlah dia. " ( Auqomaqol )

Jadi jelas dalam isu ini, bahawa SIS sekali lagi berpegang kepada pegangan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Masalah perlembagaan adalah masalah kepimpinan di Malaysia...apabila yang memerintah tidak islamik maka jadilah seperti mana yg berlaku..Sekali lagi SIS berniat jahat dengan membawa kata-kata mantan Mufti perlis untuk menyokong pendapatnya..sedangkan apa yang dikatakan oleh mantan Mufti perlis itu bukanlah merujuk kepada apa yang dipegang oleh SIS. " sebaik saja seseorang itu Islam itu berniat untuk keluar agama Islam dan tidak lagi beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia itu telah keluar daripada Islam ". Jika sudah jadi begitu mmg benarlah dia sudah terkeluar dari islam..Tapi tugas kita adalah mengajaknya kembali kepada Islam, bukan menyokong pendapatnya seperti yang SIS buat..

AL ISLAM : Akhir sekali yang terbaru adalah fatwa mengharamkan pengkid, sekali lagi SIS keluar dengan pendapatnya. Sebenarnya bagaimana pendirian SIS terhadap isu pengkid ?

SIS : Kalau kita ingat dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyarankan agar wanita-wanita cantik tidak diberikan keutamaan dalam pemberian kerja kerana beliau beranggapan wanita cantik senang dapat suami kaya. Persoalan utamanya adalah - siapa yang menilai sama ada seseorang wanita itu cantik atau tidak ? Akan marahlah bapa, ibu, suami atau kekasih wanita itu jika dikatakan anak atau pasangan mereka tidak cantik. orang putih kata "beauty is the eye of the beholder"...cantik itu di mata masing-masing. . Maka isu tomboi ini begitu juga...siapa yang akan menilai seorang wanita itu kelihatan seperti tomboi atau tidak ? tidak semestinya seorang perempuan yang memakai seluar panjang, berbaju kemeja atau berambut pendek itu seorang tomboi. Fesyen pakaian masa ini sudah pelbagai ragam. Malah yang memakai tudung tetapi berkelakuan seperti lelaki, maka adakah wanita ini juga dikatakan tomboi ? Jadi, perkara ini penting yang harus difikirkan oleh pembuat dasar dan undang-undang. Jadi SIS tidak ada mahu adanya wanita , terutama sekali remaja-remaja perempuan, dikacau dan diugut oleh pegawai-pegawai penguat kuasa yang tidak membuat pertimbangan betul. Kita tidak mahu ada wanita ditahan, dan masuk lokap tak pasal-pasal. Tidak semestinya juga wanita yang dikatakan berpakaian seperti lelaki itu seorang lesbian. Nampak sangat mereka tidak faham isu homoseksualiti. Wanita yang berpakaian dan berperawakan seperti wanita tulen pun, mungkin juga seorang lesbian, dan seorang lelaki hensem yang macho juga mungkin seorang gay. Jadi, pakaian tidak boleh dijadikan ukuran, dan tidak wajar wanita yang dianggap tomboi itu dijadikan sasaran. Dalam isu fatwa tomboi ini, pada SIS banyak lagi isu penting yang harus difikirkan oleh para mufti kita bagi menyelesaikan kepada masalah semasa. Sebagai contoh, isu mat rempit yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain dan isu para bapa yang tidak bayar nafkah.

Komen Aku : SIS cuba membawa satu lagi kemusykilan kepada pembaca dengan menyatakan siapa yang akan menilai seseorang itu cantik atau tidak...Ini satu kenyataan yang jahil bagi aku.

Contoh : Jika seseorang itu cantik, maka semua orang akan nampak dia cantik...Aku tanya, berapa ramai orang yg kata SITI NURHALIZA cantik..hampir semua orang di Malaysia..Itu bermakna dia memang cantik dari segi fizikalnya...wlupun ader beberapa yang orang yg kata tak cantik... Jika kita dengar satu lagu, dan kita suka dengar berkali-kali..Itu maknanya lagu itu sedap di dengar..dan ramai orang suka dengar lagu itu..maknanya lagu itu mmg sedap untuk didengar..jawapan yg diberikan itu menunjukkan SIS tidakmatang dalam pemikiran.

Mana mungkin kita tahu seseorang itu lesbian atau pun gay, jika tanpa perawakan yang jelas..jika tersembunyi kita serahkan kepada Allah untuk menentukan dan kita pohon agar dia diberikan hidayah untuk pulang ke pangkal jalan..itu caranya..bukan menjadikan itu sebagai alasan untuk menghalalkan sesuatu yg haram..
Aku menyokong sepenuhnya Fatwa yg dikeluarkan oleh majlis Fatwa kebangsaan..Dengan cara ini kita dapat menyekat dan menghalang manusia dari terus ditipu dan dihanyutkan dengan sentimen yg boleh merosakkan kita sebagai umat islam..
Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan betul terhadap pertubuhan SIS kerana mereka semakin hari semakin tersasar dari agama islam..dengan menggunakan nama islam, SIS sepatutnya membawa islam yg syumul dan benar..Bukanlah seperti yang dibawa sekarang ini..Inilah akibatnya jika terlalu menyahut seruan barat dan orang kafir...

Hak Asasi Manusia yang telah menjahanamkan segala apa yang ada di dalam Islam. Dengan moto semua orang ada hak masing-masing yang tidak boleh di pertikaikan oleh orang lain.