Mencari Hasil Ilmu

Thursday, December 10, 2009

Iran dakwa AS bertindak seperti pengganas

Speaker Parlimen, Ali Larijani berkata, Amerika Syarikat (AS) bertindak seperti 'pengganas' dengan melarikan saintis nuklearnya yang dikatakan hilang di Arab Saudi, menurut laporan televisyen hari ini.

Dengan melabelkan penculikan Shahram Amiri seperti 'kelakuan pengganas' terhadap AS, Larijani berkata, kedua-dua Washington dan Riyadh perlu bertanggungjawab atas kehilangan lelaki tersebut, menurut laporan itu lagi.

"Amerika telah melakukan banyak perkara sejak dahulu lagi, tetapi tidak pernah bertanggungjawab dengan tindakan mereka yang seperti pengganas," katanya.

"Ia jelas bahawa tindakan ini telah dilakukan oleh Amerika dan dirancang dengan konspirasi Arab Saudi dan tindakan sedemikian boleh menghancurkan reputasi mereka," katanya.

Semalam, Menteri Luar, Manouchehr Mottaki mendakwa bahawa Amiri telah 'diculik' oleh AS selepas beliau dilaporkan hilang di Arab Saudi di mana beliau pergi untuk menunaikan umrah pada Jun lalu.

Menteri luar itu juga turut mengaku bahawa Amiri merupakan seorang saintis nuklear