Mencari Hasil Ilmu

Sunday, December 06, 2009

Apabila Kamu Lelaki

1. Sindrom Metabolik sebabkan kekurangan testosteron.

Penyelidikan ke atas lelaki yang mempunyai sejarah penyakit diabetes, hypertension, atau hyperlipidemia mempunyai hypogonadism yang tinggi. Ini berdasarkan hasil kajian terbaru yang dibentangkan di dalam American Association of Cinical Endocrinologist (AACE) 14th Annual Meeting and Clinical Congress. Hypogonadism atau tahap hormon testosterone lelaki yang rendah merupakan satu sindrom yang kompleks. Melalui penelitian ke atas 2,162 lelaki mengalami hypogonadism, didapati 50 peratus mempunyai penyakit diabetes, 42 peratus hypertension, dan 40 peratus hyperlipidemia. Simpton yang biasa dikaitkan dengan hypogonodism termasuk disfungsi seksual, keletihan atau perubahan emosi.

2. Kacang Brazil kuatkan sperma

Kacang Brazil kaya dengan selenium, iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan (berenang) sel sperma dengan lebih laju. Kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati mereka yang mengalami masalah ini telah berjaya mengatasinya dengan pengambilan kacang Brazil. Kacang ini juga mengandungi vitamin E, dan antioksidan yang membantu melindungi kerosakan sperma akibat bahan radikal.

3. Ramai lelaki hidap kanser kulit.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Daniel J Van Dume dari Universiti of South Florida, mendapati bahawa lelaki lebih ramai terdedah kepada gejala kanser kulit. Ianya dikatakan berpunca daripada sikap lelaki sendiri yang kurang menitikberatkan aspek penjagaan kulit, kurang berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal serta gaya hidup lelaki itu sendiri.

4. Osteoporosis di kalangan lelaki.

Fakta menunjukkan satu daripada 10 lelaki berusia di atas 80 tahun menghidap osteoporosis. Ketika seorang lelaki mencapai usia 70 tahun, secara berkala, setiap tahun dia akan kehilangan sejumlah kalsium daripada tulangnya. Pakar berpendapat, lelaki mempunyai sumsum yang berbeza dengan wanita. Osteoporosis di kalangan lelaki terjadi kerana faktor usia dan nutrisi. Lelaki yang jarang bersenam juga lebh mudah mendapat osteoporosis. Kajian menunjukkan bahawa jumlah hormon testosteron juga berpengaruh pada risiko osteoporosis. Semakin sedikit jumlahnya, semakin besar risiko terkena osteoposis. Oleh itu, tidak ada salahnya lelaki muda ‘membentengi’ diri daripada masalah kesihatan ini. Pastikan anda mengambil vitamin D dan kalsium yang mencukupi setiap hari. Kira-kra 2,000 mg kalsium diperlukan lelaki untuk keperluan harian. Anda juga boleh mendapatkan nasihat pakar pemakanan untuk diet tepat.

5. Komplikasi tindik alat sulit.

Alasan lelaki menindik alat sulit kerana kononnya perbuatan ini boleh memberi kepuasan luar biasa kepada pasangan. Namun, sama ada benar atau tidak perkara ini ia masih belum dapat dibuktikan secara saintifik. Sebenarnya, perbuatan menindik alat sulit ini boleh mendatangkan beberapa komplikasi. Pertama, ia mungkin menyebabkan masalah alahan apabila alat hiasan terutama apabila anda memilih aksesori yang diperbuat daripada bahan-bahan logam seperti besi, dan tembaga. Kedua, mereka yang menindik alat sulit boleh mendapat jangkitan saluran air kencing dan yang ketiga ialah masalah pendarahan yang tidak berhenti. Pendarahan sepatutnya berhenti apabila masuk hari yang ketiga.