Mencari Hasil Ilmu

Sunday, November 22, 2009

Salah Faham Mengenai Makanan Haram

Majoriti makanan di restoran atau hotel yang menyediakan makanan cina menggunakan wain beras dalam kebanyakkan makanan mereka. Begitu juga segelintir restoran yang menyediakan makanan barat, ala Perancis atau Jepun menggunakan alkohol termasuk cuka wain bagi menepati cita rasa masakan berkenaan. Penggunaan alkohol secara lansung seperti perasa atau pewarna.Ia juga digunakan secara meluas dalam kek, roti, biskut, coklat dan ais krim.

Alkohol(etanol)akan meruap apabila mencapai takat didih 78 darjah celcius. Ketika memasak akan menyebabakan alkohol meruwap dalam makanan tetapi akan meninggalkan sedikit rasa dalam masakan.

Kebanyakkan Chef akan mengatakan bahawa semua alkohol yang di masukkan di dalam makanan akan meruwap keluar dari makanan dan hanya meninggalkan bau sahaja.Namun ia akan meningglakan kesan kepada makanan. Ia terbukti dengan hasil kajian Penyelidikan Produk Halal (IPPH)University Putra Malaysia(UPM).

Namun kita tidak boleh menyalahkan semua chef yang tidak berilmu pengetahuan.Kebanyakkan ilmu masakan datang dari dunia barat yang yang tidak melihat syarak sebagai syarat memasak. Kini tanggungjawab Chef muslim dalam penentuan halal dan haram.

Jika arak itu bertukar dengan sendirinya menjadi cuka maka ianya suci dan halal memakannya tapi jika dimasukkan sesuatu seperti bawang dan ragi untuk mempercepatkan proses menjadi cuka maka hukum nya haram dan najis.

Ini bermakna arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu kedalamnya maka arak itu suci walaupun ianya bertukar tempat letaknya dari bercahaya kepada teduh atau sebaliknya. Jika arak itu menjadi cuka disebabkan percampuran bahan tambah walaupun tidak memberi kesan atau di buang bahan tambah sebelum menjadi cuka adalah najis