Mencari Hasil Ilmu

Sunday, November 22, 2009

Kebangkitan Turki: Ke Arah Kiblah Politik Dunia Islam.

Buat julung kalinya Forum ekonomi Dunia di Davos menyaksikkan satu peristiwa yang cukup penting buat seluruh dunia untuk menghayati dan memahami.Pada 30 Januari 2009, ia mencatatkan satu peristiwa penting penting dalam sejarah dunia kerana membincangkan konflik dan penindasan ke atas penduduk Arab Palestine setelah sekian lama tanpa kesusahan.

Kini, dengan tindakan baru kekejaman Israel di bumi Gaza, tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan yang bertikam lidah dengan Presiden Israel Simon Parez Di Forum ekonomi dunia memperlihatkan bahawa dunia islam bukan sahaja lantang tapi mampu bertindak dengan lebih serius berhubung krisis kemanusiaan yang melanda Palestine.

Tindakan berani kepimpinan Turki untuk mempertahan kan suara dunia islam berhubung krisis kemanusiaan buatan Israel di gaza.

Tindakan Erdogan dilihat sebagai isyarat barat termasuk Amerika Syarikat di bawah kepimpinanj Baraack Obama kini tidak boleh mengetepikan pandangan dan sikap dunia islam terhadap Israel.Jika ketua kerajaan di dunia islam mampu bertindak demikian rupa di hadapan ribuan deligasi di sebuah forum terkemuka. Tidak mustahil seluruh dunia islam mampu bertindak lebih jauh dalam mempertahankan maruah islam yang di ganggu gugat oleh mana2 kuasa termasuk Israel dan juga Amerika Syarikat. Tindakan Erdogan dilihat satu isyarat konflik yang berlaku harus segera diselesaikan tanpa diganggu oleh unsur manipulasi politik terutamanya peranan yahudi yang menguasai dunia melalui proksi.

Berdasarkan sejarah Turki sebuah pusat empayar sejak tahun 1299 sehingga 1923 maka pengalaman dilihat mampu digunakan untuk muncul semula sebagai satu kuasa baru. Turki sekarang berada dalam proses penalihan teras pentadbiran 'Kamalisme' ke 'Erdoganisme'. Lihat sahaja tindakan berani Erdogan yang apabila sahaja digugat tentera yang berpaksikan sekularisme, maka tindakan untuk mengadakan pilihan raya merupakan satu keberanian luar biasa iaitu keyakinan bahawa rakyat nya inginkan perubahan dari berpaksikan Kamalisme ke erdogarnisme.

Dengan agenda Erdoganisme , Turki mungkin mampu mengembalikan kegemilangan dunia islam seperti pemimpin2 Turki yang lalu yang bernaung di atas nama Uthmaiyah.Erdogan akan membawa perjuangan islam dalam pentadbirannya.

Dunia arab tidak mampu mengembalikan kegemilangan islam sebagai kuasa besar disebabkan pautan serius dengan barat terutamanya Amerika Syarikat(US) . Sebaliknya Turki kini dengan berpandukan 71 juta dengan keupayaan ekonomi berdasarkan KDNK bernilai 930.9 billion dengan pertumbuhan 4.5 peratus , ia mampu menjadi kiblah politik dan hala tuju baru umat islam . Atas status sebuah negara yang berpaksikan ajaran islam di bawah gagasan sunah, Turki dilihat sebagai negara yang rapat dengan Iran yang bermazhab Syiah.

Dengan cabang kehakiman dan ketenteraan yang masih berpegang kuat dengan landasan 'Kamalisme'sementara gerakan erdoganisme berlandaskan keupayaan menggunakan kuasa popular dan sokongan rakyat. Erdogan dalam proses mengislamkan Turki secara evolusi secara berperingkat dan mampu membina pengaruh dalam pemulihan turki yang dipanggil Turki Baru.

Jika mahu dunia islam kini perlu mengukuhkan pengaruh arena politik sejagat dengan menguasai media massa utama dunia. Sama ada secara lansung atau proxy . Usaha ini untuk tidak membiarkan barat menguasai medan lobi terbesar dunia. Dengan kuasai media dunia, ketepatan maklumat mengenai dunia islam akan menjadi luas dan kebenaran dapa di salurkan.