Mencari Hasil Ilmu

Sunday, November 29, 2009

Jepun lancar satelit perisikan ke-5

Jepun semalam melancarkan satelit pengintip kelimanya ke orbit dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan mendapat risikan secara lebih bebas.

Roket H-2A buatan tempatan membawa satelit bernilai AS$565 juta itu (RM1.9 bilion) meninggalkan pusat angkasa lepas di selatan pulau Tanegashima, kata Hisashi Michigami, pegawai Pejabat Kabinet.

"Satelit itu akan mendapatkan risikan bagi tujuan pertahanan dan diplomatik," kata Michigami.

"Kami berharap untuk meningkatkan keupayaan menjalankan risikan sendiri. Maklumat risikan adalah penting untuk keselamatan negara."

Michigami berkata pelancaran berkenaan disifatkan berjaya. Jepun sejak sekian lama bergantung kepada Amerika Syarikat bagi risikan.

Ia melancarkan satelit risikan pertama pada 2003 yang tercetus berikutan kebimbangan program peluru berpandu Korea Utara.

Korea Utara mengejutkan Tokyo pada 1998 apabila ia menguji peluru berpandu terhadap Jepun.