Mencari Hasil Ilmu

Tuesday, November 17, 2009

Israel mahu rampas lebih banyak tanah

Seorang menteri Kabinet Israel hari ini menyuarakan kemungkinan rejim Yahudi itu merampas lebih banyak kawasan di Tebing Barat jika Palestin mengisytiharkan kemerdekaan tanpa memeterai perjanjian damai.

Menteri Alam Sekitar, Gilad Erdan yang juga sekutu rapat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, jika pihak Palestin mengambil tindakan unilateral, Israel juga perlu menimbangkan untuk meluluskan rang undang-undang bagi merampas kawasan di Tebing Barat.

Pegawai Palestin semalam berkata, pihak Palestin merancang untuk meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kemerdekaan sebuah negara Palestin yang terletak di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Mereka tidak pula menyatakan bila akan mengemukakan permintaan itu kepada Majlis Keselamatan.

Langkah itu diambil berikutan kekecewaan Palestin dengan ketiadaan kemajuan dalam rundingan damai yang sudah tergendala selama setahun.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah berkata, rundingan damai tidak boleh disambung semula sehingga Israel menghentikan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi.

Kenyataan Palestin mengenai kemungkinan untuk mengambil langkah unilateral itu mendapat reaksi daripada Netanyahu yang berkata, hanya rundingan damai dengan Israel akan memastikan kemerdekaan sebuah negara Palestin.

"Tidak ada alternatif selain rundingan antara Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin dan sebarang pendekatan unilateral hanya akan menyebabkan kerangka perjanjian antara kita terungkai dan mendorong langkah unilateral daripada pihak Israel," kata Perdana Menteri itu.

Pegawai Palestin menjelaskan, inisiatif diplomatik yang mereka rancang itu bukan bertujuan untuk mengisytiharkan kemerdekaan secara unilateral.

Matlamatnya untuk mendapatkan sokongan rasmi antarabangsa terhadap negara merdeka yang hendak ditubuhkan oleh Palestin, kata pegawai