Mencari Hasil Ilmu

Saturday, November 28, 2009

Global Elite

Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari kesan-kesan yang ditimbulkan oleh sekelompok manusia, atau pun dalam bentuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang bercita-cita untuk menguasai dunia. Mereka ini telah menyusup masuk ke dalam setiap aspek kehidupan moden manusia hari ini. Mereka inilah yang memimpin teknologi, budaya, sosial, ekonomi dan politik dunia sekarang. Setiap apa yang terjadi di dunia hari ini pasti ada kesan dari tangan-tangan mereka. Sejak dari dahulu lagi merekalah yang merancang setiap revolusi, peperangan, ideologi, polisi dan aktiviti yang terjadi di bumi.

Apa yang di paparkan di sini bukanlah untuk mengganggu ketenteraman anda, tetapi mengajak anda berfikir dengan hati dan pemikiran terbuka tentang senario di sebalik dunia hari ini. Apa yang anda percaya di dada-dada akhbar, radio, televisyen mahupun internet adalah 10% ataupun hanya permukaan sahaja dari keseluruhan cerita sebenar yang berlaku di dalam dunia yang penuh kepura-puraan ini. Ini tidaklah menghairankan kerana setiap media perdana di dunia inipun berada di dalam kawalan dan perhatian mereka.

Dua pertubuhan syaitan yang utama dan terkenal-Freemasonry dan Illuminati mendahului senarai kelompok elit dunia yang mengawal segala percaturan dunia hari ini. Setiap pemerintah, presiden, raja dan pemimpin korporat dunia tidak terlepas dari cengkaman dua pertubuhan syaitan ini. Mereka berselindungkan dengan nama kebajikan sosial tetapi sebenarnya berfungsi untuk memporak-porandakan keharmonian sosial manusia. Mereka memberikan dana-dana untuk membantu mangsa perang, pelarian, bencana alam dan lain-lain tetapi pada masa yang sama mereka juga membiayai industri pornografi, pengedaran dadah, penyeludupan dan kegiatan mafia.

Kemudian muncul pula pertubuhan seperti The Round Table, ditubuhkan bersama oleh Cecil Rhodes (hartawan berlian) dan ejen Rothschild, Alfred Milner, berfungsi di sebalik situasi di dunia menerusi bantuan bank dunia dalam usaha untuk menekan kerajaan-kerajaan dunia bagi menyokong perlaksanaan New World Order.

Council on Foreign Relation (CFR) pula ditubuhkan oleh Rockefellers bagi menguasai pelaburan, ekonomi seterusnya politik dunia. Kesemua anggota-anggota majlis ini adalah orang-orang kenamaan yang amat penting seperti para presiden, ahli politik, ahli ekonomi, pemimpin tentera dan badan intellijen serta ahli perniagaan.

The Bilderberg Group pula diasaskan oleh Joseph Retinger dan Putera Bernhard dari House of Orange (bekas pegawai SS Jerman, seorang perisik melalui syarikat kimia I.G Farben dan kemudiannya menjadi pengerusi Shell Oil). Pertubuhan ini berfungsi untuk memimpin ahli-ahli politik dan para penasihat mereka, eksekutif-eksekutif media, bank, syarikat-syarikat multinasional, ahli-ahli akademik dan pemimpin tentera di mana mereka kerap mengadakan forum-forum perbincangan untuk menentukan halatuju politik dunia mengikut acuan mereka.

Salah satu pertubuhan yang tidak kurang pentingnya, The Trilateral Commission yang diasaskan oleh David Rockefeller dalam tahun 1972-73 bertujuan menyatukan polisi Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun secara rahsia. Pentadbiran Jimmy Carter adalah sokongan presiden mereka yang pertama dan banyak ahli dalam pentadbiran Jimmy Carter menjadi Trilateralist termasuk Zbigniew Brzezinski, penasihat keselamatan kebangsaan beliau dan pengarah pertama The Trilateral Commission.

Tidak sempurna rasanya jika tidak membincangkan tentang dua lagi kelompok yang sememangnya amat berperanan untuk membantu usaha untuk menguasai dunia ini. House of Rothschild telah lama membantu Dajjal Laknatullah dalam usaha untuk menguasai dunia. Diasaskan oleh Mayer Amschel Bauer (lahir pada tahun 1743 di Frankfurt; seorang Yahudi Jerman) yang kemudiannya menukar namanya kepada Rothschild (Baju Besi);gelaran yang diberikan oleh kerajaan Jerman ketika itu sebagai perlindungan khas kepadanya. Rothschild menguasai perniagaan tukaran wang asing pada mulanya kemudian berkembang kepada perbankan antarabangsa. Kesemua dana dari perniagaannya disumbangkan kepada gerakan Dajal-Yahudi seperti mencetuskan revolusi dan peperangan.

Empayar Rockefeller pula diasaskan oleh John D. Rockefeller melalui aktiviti utamanya, perusahaan minyak oleh syarikat Standard Oil (syarikat induk bagi Exxonmobil dan Esso). Pengaruh Rockefeller dalam senario ekonomi dan politik dunia amatlah terbuka dan diketahui ramai. Contohnya pembiayaan perang Iraq.

Terdapat banyak lagi cabang-cabang pertubuhan rahsia atau disebut 'secret society' yang berjalan di balik tabir dalam usaha membantu 'golongan elit' tertentu. 'Golongan elit' ini pula mendapat arahan dari ejen-ejen Dajjal. Akhirnya mereka dipandu oleh Iblis Laknatullah yang amat keras permusuhannya terhadap manusia khasnya umat Islam