Mencari Hasil Ilmu

Monday, November 23, 2009

Andalus: Islam Memulakan Kejayaan Di Eropah.

Andalus atau Sepanyol adalah sebuah kota yang membangun dan termaju di eropah. Ketika orang England sedang dalam zaman kegelapan, Andalus sudah memiliki university dan perpustakaan.

Ianya bermula dengan expedition panglima tentera islam di bawah naungan Bani Umaiyah. Ketika itu kehidupan Andalusia tidak tenteram. Raja merampas hasil tanaman dan memaksa rakyat bekerja atas kepentingan pemerintah. Ekonomi negara meruncing. Rakyat tidak tahu membaca dan menulis.Tekanan dengan pemerintah menyebabkan mereka memohon bantuan dari wakil pemerintah islam di Afrika.

Pemerintah islam memulakan penekanan aspek ilmuan/ intelektual. Pemerintah memberi derma siswa kepada rakyat untuk melanjutkan pelajaran ke Baghdad dan Mesir.

Pemerintah Andalus bernama Abdur Rahman 2 mewujudkan perpustakaan diraja, Al-Hakam di Cordova yang mengandungi 400K-600K buku dalam pelbagai bidang. Terdapat juga lebih kurang 70 perpustakaan awam dan 1000 buah perpustakaan milik institusi pengajian tinggi. Mereka menuntut ilmu di Timur Tengah diminta untuk membawa balik buku2 pelajaran mereka untuk dijadikan rujukan di perpustakaan Andalus. Pekerja diupah untuk menyalin buku2 dan dihadiahkan kepada sarjana2 Andalusia.

Keadaan perpustakaan yang banyak cukup membuktikan bahawa masyarakat Andalus telah mencapai ketamadunan yang tinggi berbanding negara sekitar nya.