Mencari Hasil Ilmu

Monday, November 23, 2009

Amaran Mesir pada Israel

Presiden Mesir, Hosni Mubarak memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Israel bahawa negara itu akan menyebabkan semua masyarakat Islam menjadi marah jika mereka tidak menyelesaikan pertikaian status Baitulmaqdis.

Mubarak menegaskan kepada Presiden Israel, Shimon Peres bahawa masa depan Baitulmaqdis, iaitu wilayah yang dituntut oleh Yahudi dan Palestin sebagai ibu negara mereka ialah isu berkaitan seluruh rakyat Islam.

"Saya menyuarakan kebimbangan kepada Peres tentang rundingan damai yang tidak menunjukkan kemajuan sejak perjumpaan terakhir Julai lalu dan Mesir sedang menunggu maklum balas Israel seperti menghentikan pembinaan bangunan di Baitulmaqdis," katanya.

Palestin telah menolak untuk mengadakan rundingan damai dengan Israel jika mereka tidak menghentikan sepenuhnya projek penempatan semula, sesuatu yang tidak dipersetujui oleh rejim Zionis itu.

Mubarak berkata, masa telah berlalu untuk membincangkan penyelesaian sementara atau mengenai sempadan dan bertegas hanya keamanan saksama dan berkekalan yang perlu dicapai.

Mesir adalah negara Arab pertama memeterai perjanjian damai dengan Israel. Sementara hubungan kedua-dua negara tidak pernah pernah tegang, Kaherah merupakan pengantara utama antara Israel dengan rakyat Palestin, terutama kumpulan pejuang Hamas