Mencari Hasil Ilmu

Saturday, October 31, 2009

Paramugara MAS Pakai Tudung

'Mengapa penerbangan biasa,pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.

Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.

Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.

Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.

Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugari MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung???

Sumber:
www.terjah.com