Mencari Hasil Ilmu

Sunday, July 05, 2009

Israel takut penduduk Arab ramai

Menteri Perumahan Israel, Ariel Atias, menegaskan peningkatan penduduk Arab di banyak wilayah Israel perlu dihalang dan berkata usaha menghentikan fenomena itu adalah satu tanggungjawab setiap Yahudi.

"Saya melihatnya sebagai tugas negara untuk menghalang pertambahan penduduk Arab kerana mereka tidak cintakan Israel," kata Atias pada sidang Persatuan Peguam Israel, yang memberi fokus kepada memperbaharui Pentadbiran Tanah Israel.

Menteri itu yang merujuk kepada Harish, projek perumahan yang dibina untuk komuniti Haredi di utara Israel, berkata, penduduk Arab dari Wadi Ara sudah pun memasuki ke kawasan Harish.

Atias kemudian berkata: "Jika kita meneruskan keadaan seperti sekarang, kita akan kehilangan Galilee."

"Isu kependudukan tak sepatutnya bercampur semakin ramai di situ. Saya tidak berasa ia satu kebaikan untuk mereka tinggal bersama," katanya.