Mencari Hasil Ilmu

Friday, July 17, 2009

Hadiah Lagi

Setelah pengumuman 11 hadiah kepada rakyat pada 11 haribulan yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan hadiah baru iaitu kenaikan baru tambang pengangkutan awam di Malaysia. Kebanyakkan nya melibatkan kenaikkan bukannya penurunan. Diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tambang teksi naik dari RM2/KM kepada RM3/km mulai 1 Ogos 2009.

Begitu juga, pengurangnya jarak dari 150 meter/10 sen kepada 115 meter/10 sen.

Bagi perubahan tempoh menuggu (Caj tambahan)adalah dari 45saat/10 sen kepada 21 saat/10 sen.

Caj penggunaan teksi pada waktu malam (12 tengah malam sehingga 6 pagi) dikekalkan (tambahan 50%). (Jumlah perkhidmatan teksi + 50% caj waktu malam). 50% ditambah selepas penumpang turun bukannya semasa memasuki kenderaan.

Tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sebanyak 30% bermula 1 Ogos 2009.

Tambang bas ekspress dinaikkan 2 sen per km.

Bas henti-henti di Kl dinaikkan dari 25 sen ke 70 sen mengikut zon-zon tertentu