Mencari Hasil Ilmu

Monday, July 20, 2009

filem aksi Emad Akel

Tayangan perdana filem di sini menampilkan selebriti tempatan yang bergaya di hadapan jurugambar, namun itu sahajalah persamaan yang boleh dirumuskan antara industri filem yang baru bermula di Gaza dengan Hollywood.

Filem pertama kerajaan Hamas itu yang memaparkan penghormatan ke atas pejuang paling tangkas Hamas hanya melibatkan kos pembikinan sebanyak AS$200,000 (RM715,298) dan ditayangkan kepada penonton lelaki dan wanita secara berasingan .

''Ia adalah Hamaswood menggantikan Hollywood," kata Menteri Dalam Negeri Hamas, Fathi Hamad selepas tayangan perdana filem itu pada petang Jumaat lalu di Universiti Islam Gaza City.

"Kami cuba untuk menghasilkan seni yang berkualiti yang menepati ciri Islam dan mengenai penentangan, tanpa adegan provokatif (seksual) dalam filem tersebut," ujarnya.

Fathi yang turut berperanan sebagai penerbit filem itu, manakala skrip filem ditulis oleh Mahmoud Zahar, iaitu antara orang kuat di Gaza yang disifatkan antara arkitek kepada rampasan kuasa berdarah Hamas di Gaza, dua tahun lalu.

Di sebalik reputasi bengisnya, Mahmoud, merupakan seorang doktor mempunyai bakat seni artistik, menghasilkan dua novel dan dua skrip filem yang memberi kelebihannya kepadanya.

Filem ini mengisahkan Emad Akel, iaitu seorang komander sayap tentera Hamas, yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan Israel di Gaza pada 1993.

Akel berusia 23 tahun ketika itu, dikenali sebagai 'hantu'. Dia banyak melakukan penyamaran termasuk memakai pakaian seperti seorang peneroka Yahudi sambil memakai ketayap.

Pada awal 1990-an, namanya adalah teratas dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel kerana disyaki membunuh 11 askar Israel, seorang penduduk Yahudi dan empat orang pengkhianat dalam satu siri serangan.

Filem aksi tersebut yang panjangnya selama dua jam itu diberi judul Emad Akel.