Mencari Hasil Ilmu

Monday, June 15, 2009

Formula One Malaysia




One malaysia bukan lah sesuatu yang baru seperti yang diperkatakan oleh segolongan pihak. Konsep ini merupakan legasi pemimpin lama melalui pendekatan yang baru untuk generasi MALAYSIA yang silih berganti supaya lebih releven dengan semasa. Dasar ini merupakan dasar pelengkap kepada WAWASAN 2020 yang diterapkan kepada rakyat MALAYSIA dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat. Ini merupakan inspirasi terakhir tindakan kerajaan bagi mencapai status negara maju yang mahukan rakyat berbilang kaum untuk bersatu padu.

Konsep One Malaysia mempunyai 2 ciri asas iaitu nilai perpaduan dan nilai inspirasi.

Nilai perpaduan dengan memastikan penerimaan semua kaum di Malaysia dan tidak menidakkan undang2 yang sedia ada serta memastikan kepentingan sosial.

Nilai inspirasi pula menekan kan prinsip budaya kecermelangan, keberanian berinovasi, meritokrasi berlandaskan undang2, ketabahan, intergriti dan penguasaan ilmu.

Ini untuk menyerlahkan lagi negara bangsa yang bergelar Malaysia.

Sumber semasa ucapan Perdana Menteri di dewan rakyat secara LIVE di TV1.