Mencari Hasil Ilmu

Saturday, June 13, 2009

Anu Dalam Botol

Atas nasihat pihak Jakim dan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) judul filem Anu Dalam Botol kini telah ditukar kepada tajuk asalnya, Botol Dalam Almari (Bottle in the Closet).

"Terus-terang saya memang terkilan kerana terpaksa menggugurkan judul Anu Dalam Botol kerana selama ini ramai orang dalam industri telah menerima dan terbiasa dengan judul itu. Tapi saya tetap akur dengan permintaan Jakim dan LPF sebab saya tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan sedar pihak terbabit mempunyai sebab kenapa tidak meluluskan tajuk itu.

"Pada mereka anu itu merujuk kepada alat sulit atau zakar. Jadi ia tidak sesuai dengan norma-norma hidup masyarakat tempatan dan ketimuran," jelas Raja Azmi.

Tentang pandangan pihak Jakim dan LPF terhadap keseluruhan skrip Botol Dalam Almari, Raja Azmi berkata, kedua-dua pihak tersebut tidak menyentuh tentang apa-apa pemotongan beberapa babak filem tersebut.

"Tetapi, mereka ada minta supaya adegan ranjang dapat dilakukan secara beralas dan tidak terlalu direct. Beberapa isu agama dalam skrip filem itu pula masih diteliti pihak Jakim untuk memperkukuhkannya," kata Raja Azmi yang terharu mendapat sokongan banyak pihak untuk menghasilkan filem itu.

Sambung Raja Azmi lagi, sebaik saja tugas pra-produksi Botol Dalam Almari dilakukan, pihaknya akan membuka peraduan memilih watak Rubidin/ Ruby dan Ghous kepada peminat filem tanah air.

"Kita sudah pun ada calon Top 5 untuk watak Rubidin/Ruby dan Top 5 bagi watak Ghous. Sekarang ini hanya tunggu masa untuk peminat sendiri memilih siapa yang layak mengisi kedua-dua watak tersebut. Kita rasa penonton juga ada citarasa untuk menyumbang kepada pembikinan filem ini.

"Bagi saya ini sesuatu yang baru dalam industri dan belum pernah peminat yang menentukan siapa pelakon utama sesebuah filem. Saya sudah maklumkan perkara ini kepada semua pelakon terbabit dan mereka tidak kisah, bersifat terbuka dan menganggap ia sebagai satu cara baru dalam pembikinan filem. Semua adalah soal rezeki juga.

"Untuk peminat, saya akan menyediakan hadiah yang menarik dan tunggu peraduan ini yang kemungkinan besar akan dibuat dengan kerjasama murai.com.my sendiri," kata Raja Azmi.





Calon Top 5 Bagi Watak Ghous

Tony Eusoff
Norman Hakim
Fauzi Nawawi
Nazim Osman
Wan Raja


Calon Top 5 Bagi Watak Rubidin/ Ruby

Zizan Nin
Adiputra
Arja Lee
Kefli AF
Ryzal (Dunia Baru/ KRU)