Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, May 27, 2009

Rakyat Need More Debate






Agendaily online sedang cuba mengatur satu debat khas berkenaan kemelut menteri besar yang melanda Perak. Secara dasarnya Zambri dan Nizar bersetuju untuk berdebat.
Bagi Agendadaily, tujuan debat ini dianjurkan ialah bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan penjelasan berhubung kemelut politik Perak secara objektif dan tidak diselubungi dengan sentimen serta emosi politik. Sekiranya debat ini menjadi, ia adalah siri ketiga yang dianjurkan oleh Agendadaily setelah hampir setahun lalu, debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chek ketika itu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

Kemudiannya siri debat Agendadaily mempertemukan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri sekrang, Lim Guan Eng dalam isu tanah di Pulau Pinang. Kedua-dua siri debat yang dianjurkan tersebut telah disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen. Bagi debat antara Dr Zambry dan Nizar, pihak Agendadaily sedang mengadakan rundingan dengan stesen televisyen.
Sekiranya mendapat kelulusan, debat berkenaan direncana akan diadakan penghujung bulan Jun 2009. Malah format debat yang akan diadakan sama dengan siri debat yang lalu di mana kedua-dua pihak mendapat peluang yang sama bagi mengemukakan hujah masing-masing. Pada akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan tentang isu sebenar yang berlaku.

/ Sumber : Agendadaily