Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, April 01, 2009

SATU TAHUN PEMERINTAHAN BAHARU KERAJAAN SELANGOR.

Kerajaan baru negeri selangor ditubuhkan selepas YAB Dato Menteri Besar mengangkat sumpah pada 13 mac 2008 selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 pada 8 mac 2008. kemenangan disusuli upacara mengangkat sumpah semua ahli mesuarat Kerajaan negeri yang baru pada 24 mac 2008.



Agenda utama dalam pentadbiran baru adalah untuk memastikan negeri Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan dan merakyatkan ekonomi untuk memastikan hidup yang lebih sejahtera.



Dasar- dasar Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor :

 Bekalan air percuma bagi 20 meter padu.
 Program peningkatan hasil batuan dan mineral.
 Hadiah anak masuk university.
 Tabung warisan anak selangor (TAWAS).
 Skim mesra usia emas.
 Pusat khidmat krisis sehenti.
 Tabung pendidikan anak anak pekerja peladang.
 Cuti bersalin 90 hari, cuti isteri bersalin 14 hari, cuti kematian suami 30 hari.


Dasar memberi bekalan air percuma bagi 20 meter padu kepada pengguna domestic setiap bulan dilaksanakan bermula 1 JUN 2008. Program ini bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan 1.5 juta pengguna meter di Selangor. Dasar ini dapat mengurangkan beban rakyat di situasi ekonomi yang meleset ini.
Untuk maklumat lanjut
Kumpulan Darul Ehsan Berhad
Plaza Perangsang
Persiaran Pembandaran
Shah alam


Hasil dari Program Peningkatan Hasil Batuan dan Mineral akan di uruskan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang tumpuan operasi dalam aktiviti perniagaan pasir. Kumpulan Semesta Sdn Bhd
7/29 Seksyen 7
Shah alam


Hadiah RM 1000 akan diberikan kepada anak Selangor yang melanjutkan pelajaran mulai Julai 2008 ke IPTA / IPTS yang diiktiraf kerajaan mengikut pengajian peringkat diploma dan ijazah dari keluarga RM1500 ke bawah. Hadiah terus dikreditkan ke dalam akaun pelajar atau melalui cek.



Tabung Warisan Anak Selangor. (TAWAS). Dasar ini membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak Selangor. Ini telah dilancarkan ketika Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Susulan daripada itu, satu majlis penyerahan sijil simpanan TAWAS Ambank dan Pelancaran kad si Manja TAWAS diadakan pada 7 febuari 2009. TAWAS akan memberi manfaat kepada semua anak Selangor dengan perlindungan insurans sehingga berusia 18 tahun. Mereka berpeluang menerima RM1500 seorang hasil daripada caruman pelaburan dana ini.



Skim Mesra Usia Emas memberikan manfaat kepada waris semua warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas di Selangor tertakluk kepada maklumat kelahiran dan status permastautin warga emas. Di bawah skim ini, sejumlah RM2,500 akan diberikan kepada waris warga emas dimana wang tunai RM 1000 segera diberikan kepada Pusat Khidmat ADUN kawasan berkenaan .


Penubuhan Pusat Khidmat Krisis Sehenti di semua hospital di negeri Selangor bertujuan mewujudkan jaringan kerjasama dengan jabatan jabatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia dan jabatan jabatan lain untuk membantu terutamanya golongan wanita dan kanak kanak dalam kes rogol, liwat, keganasan rumah tangga, penderaan. Pusat ini bertindak sebagai first responded bagi kes kes di atas. Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM600 juta dalam penyediaan logistic dan promosi. Perkhidmatan terdapat di Hospital Ampang, Hospital Sungai buloh, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital TAR Klang, Hospital Kajang.


Pembelaan kerajaan negeri Selangor adalah melibatkan seluruh rkyat negeri Selangor termasuk anak anak pekerja ladang. Tabung yng diwujudkan adalah untuk memberi bantuan kepada anak anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak anak peladang bagi membiayai pembinaan dan penyelengaraan asrama bagi anak anak pekerja ladang di seluruh Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak anak pekerja ladang memperuntukkan RM2 juta bagi merelisasikan program ini .