Mencari Hasil Ilmu

Saturday, January 17, 2009

Palestin: Jangan terlalu berharap kepada Obama

PRESIDEN Bush yang bersekongkol dengan Israel akan tamat perkhidmatannya 20 Januari ini. Tetapi umat Islam jangan terlalu mengharapkan kehadiran penggantinya, Barrack Obama sebagai Presiden baru Amerika Syarikat dapat mengubah senario keganasan dunia ini.

Obama sendiri sudah pasti terikat dengan perjanjian sulit antaranya dan pihak Yahudi kerana sesiapa sahaja yang akan dicalon dan dipilih untuk menjadi Presiden mestilah bersedia membantu Israel bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga persenjataan. Israel juga boleh menyerang atau membunuh sesiapa sahaja di lingkungan negara-negara Arab yang berjiran dengannya tanpa sempadan.

Jika Obama ingin bertahan lama sebagai Presiden Amerika itu nanti, dan juga tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas dirinya, mahu tidak mahu syarat pihak Yahudi itu mesti dipatuhi.

Semenanjung Gaza telah pun jadi 'padang jarak padang tekukur' di mana bandar itu hampir musnah dan rakyat yang mati terbunuh sudah lebih seribu. Ribuan lagi dilaporkan tercedera, malah mungkin akan cacat anggota secara kekal selamanya.

Ini termasuk juga mereka yang terkena bom cecair kimia yang mampu membakar isi kulit seperti disimbah dengan cecair asid.

Selepas ini di manakah tempat berteduh mereka setelah tempat tinggal musnah dan mungkin ibu atau bapa serta saudara-mara yang lain sudah terkorban?

Apakah ada lagi makanan untuk mereka termasuk anak-anak yatim piatu yang masih kecil untuk meneruskan kehidupan? Bagaimanakah masa depan mereka nanti jika setiap hari dan ketika hidup dalam ketakutan kerana peluru akan menanti bila-bila masa sahaja.

Setiap rakyat Yahudi yang terbunuh atau rakyat Amerika yang dibunuh oleh pejuang Islam seperti Al-Qaeda atau pejuang Hamas akan dibalas balik dengan seratus nyawa umat Islam yang tidak langsung terlibat dengan gerakan mereka seperti kanak-kanak dan wanita.

Dendam Yahudi kepada Islam bukan sahaja kerana faktor sekeliling tetapi benci mereka kepada Islam sejak Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul terakhir daripada kalangan bangsa Arab dan bukan daripada kalangan bangsa Yahudi.

Ini adalah ketentuan Allah yang sepatutnya mereka kena akur tetapi disebabkan sifat ego dan dendam mereka, lalu mereka tolak agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Pada hal mereka sedia maklum dan arif pada agama Islam itu sendiri. Yahudi dengan iblis tiada bezanya mempunyai ego yang sama.

Apakah sumbangan kita dan juga seluruh umat di dunia ini untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin ini? Selain tabung bantuan melalui akaun bank, setiap kakitangan awam di negara ini dicadangkan menderma RM2 sebulan, begitu juga pekerja swasta. Jika dikumpulkan tidak kurang RM5 juta dapat dihantar kepada rakyat Palestin setiap bulan sehingga Semenanjung Gaza dapat dipulihkan seperti sediakala.

Disyorkan juga anak-anak yatim Palestin diambil sebagai anak angkat ke negara ini. Rakyat Palestin yang ingin mencari perlindungan sementara diberikan permit sementara untuk menduduki negara kita serta pelajar mereka diberikan kemudahan belajar di sini jika mereka sudi.