Mencari Hasil Ilmu

Saturday, January 17, 2009

KEBAIKAN MEMBOIKOT PRODUCT ZIONIST

Perniagaan ini beroperasi di negara
Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha
boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan
operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka
memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara
Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa
pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti
perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita
seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi
sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia
Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot.
Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik
perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak
dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola.
Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam
minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam
Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk,
sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada
masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu
Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan
syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan
yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran
syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam
goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya
Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan.
Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih
alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah
salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada
Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?
Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United
Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk
mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada
Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan
media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s
adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat
American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia
Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha
boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup
kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar
jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan
pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa
Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran
McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah
restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan
membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan
dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih
kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan
usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan
produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama
mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post
telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan
Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di
daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support
Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon
akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan
pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim
Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama
memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat
di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak
meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel,
sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang
terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan
lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot
kepada syarikat yang terlibat