Mencari Hasil Ilmu

Wednesday, January 07, 2009

BOYCOTT ISREAL PRODUCT

TANGGAL 27 Disember menyaksikan bumi Palestin sekali lagi diserang oleh pengganas Yahudi. Mereka seolah-olah mendapat lesen daripada masyarakat dunia untuk melakukan keganasan dengan mengebom dan membunuh masyarakat Palestin.

Sekali lagi, masyarakat dunia menyaksikan kegagalan 1.6 bilion umat Islam untuk bertindak balas. Umat Islam berada dalam keadaan amat memalukan, dipijak, ditindas dan dipermainkan dengan sesuka hati oleh mereka yang tidak berhati perut.

Di manakah letaknya maruah umat Islam? Benar sabda Rasulullah SAW bahawa umat akhir zaman ini hanyalah seperti buih-buih di lautan yang apabila dipukul ombak, walaupun bilangannya banyak, tetapi tidak berkualiti.

Bangkitlah wahai umat Islam. Kita membenci perlakuan pengganas Yahudi, mengecam mereka, tetapi pada masa yang sama, kita banyak membantu mereka.

Tanpa kita sedari, kita banyak membantu ekonomi mereka yang kemudiannya disalurkan dalam kempen membunuh rakyat Palestin.

Kebanyakan francais yang beroperasi di Malaysia adalah di bawah pentadbiran orang Yahudi. Mereka telah menyalurkan sebahagian daripada keuntungan kepada kerajaan Israel untuk melawan intifada Palestin.

Terdapat juga banyak produk yang menyokong kerajaan Israel dari segi terbuka mahupun tertutup.

Jika pun kita berasa amat berat untuk keluar membantu saudara Muslim di Palestin, setidak-tidaknya kita tidak membantu orang yang membunuh mereka.

Saya ingin menyeru umat Islam mencari alternatif lain selain daripada membantu syarikat yang menyokong kaum Yahudi.